‘Paling Sedih Ibu Bapa..’-3 Anak Hilang Ditelan Ombak Ikut Saudara Bercuti

Malam tadi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tiga beradik ditelan ombak di Pantai Sura Tengah, Dungun. Kejadian yang dipercayai berlaku pada 6.40 petang itu membabitkan tiga beradik, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea Zawawi, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kelantan. Dalam kejadian terbabit, sepupu mereka, Aqif Khairullah Azhar, 7, dan kakak beliau Anis Maisarah, 8, serta tiga beradik itu berada di tepi pantai dengan ditemani seorang ibu saudara mereka.

Mereka Berp3luk@nSebelum Ditelan Ombak

Sewaktu main di pantai, dipercayai mangsa ingin naik ke tebing sebelum ombak besar tiba-tiba datang menarik mereka ke laut.

Ombak Besar Datang Dan Memukul Mereka

Sementara itu, bapa Aqif, Azhar, 43, berkata, mereka datang bercuti di Dungun dengan menaiki lima kereta. Namun ibu bapa mangsa tidak turut serta.

Ibu Bapa Mereka (Mangsa) Tidak Turut Serta

Menurut Azhar pada waktu kejadian beliau terlelap sebelum dikejutkan oleh isterinya memberitahu anak saudaranya ditelan ombak.

Segera Menghubungi Talian Kecemasan

Pencarian oleh skuad penyelamat sehingga 9 malam tadi masih menemui jalan buntu. Berita ini menarik perhatian dan simpati netizen.

Jangan Sampai Mengecam

Paling Sedih Ibu Bapa Budak Tu

Sumber: Berita Harian/erinsakura.

#Update
#Tragedi

Salam Takziah…
Khabar duka dari #Terengganu…
#Tiga #kanak2 yg juga #adikberadik dikhuatiri #lemas ketika bermain di tepi pantai….Allahuakbar….
Semoga semua anak syurga itu segera ditemui..#AminYaRob

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Tiga beradik #berpelukan sebelum #ditelan #ombak’

DUNGUN: “Mereka berpelukan sebelum ditelan ombak,”, kata Aqif Khairullah Azhar, 7, sepupu kepada tiga beradik yang ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.40 petang, tiga beradik terbabit, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea Zawawi, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kelantan, dikhuatiri lemas dan gerakan mencari dan menyelamat mangsa segera dilakukan pihak berkuasa.

Tiga beradik terbabit mengikuti ibu saudara mereka bercuti dan menginap di sebuah rumah inap di depan pantai terbabit.

Aqif berkata, dia bersama kakaknya Anis Maisarah, 8, serta tiga beradik itu berada di tepi pantai dengan ditemani seorang ibu saudara mereka.

“Mula-mula Nur Ain Sasabila bermain di tepi dan dua kakaknya datang untuk mengajak adiknya itu naik ke tebing.

“Tiba-tiba ombak besar datang dan memukul mereka sebelum ditarik ke laut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa Aqif, Azhar, 43, berkata, mereka datang bercuti di Dungun dengan menaiki lima kereta.

“Kedua-dua ibu bapa mereka (mangsa) tidak turut serta. Kami tiba di homestay kira-kira jam 5 petang.

“Saya dan isteri dengan anak saudara serta ipar yang lain berehat di homestay itu, manakala dua anak dan mangsa turun ke pantai,” katanya.

Katanya, ketika terlelap dia dikejutkan isterinya yang memaklumkan tiga anak saudaranya dihanyut ombak.

“Saya bersama ahli keluarga yang lain turun ke pantai dalam jarak 300 meter dan mendapati ketiga-tiga mangsa sudah hilang.

“Saya meminta ahli keluarga yang lain supaya segera menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun, Saifuddin Mohamad, berkata bomba terima panggilan kira-kira jam 7.14 petang.

Katanya, seramai 10 anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, anggota polis dengan bantuan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

“Sehingga jam 9 malam ini usaha mencari dan menyelamat mangsa masih belum berhasil,” katanya.

📰
📷

 HMetro
 Media DTTB